Kenangan dalam kenangan


muslimat batch 14, MISS Rafkah dan anak-anak buahnya



 muslimin batch 14

Entry kali ini adalah peristiwa KAMI, saya dan rakan-rakan seperjuangan reunite di Majlis Perkahwinan IZZUDDIN ROMLI(IZZU) dan HAZIRAH JAMALUDDIN(AZIE)-(3JUN 2012)....pasangan PERTAMA BATCH-14 yang kawin sama batch.

Dalam majlis ini, nak kata ramai tak lah ramai....tapi boleh lah, jumpa kawan2 lama antara perkara yang sangat menyeronokkan. Bila masing2 mengungkit kembali cerita-cerita lama ketika di sekolah.

Dahulu cerita-cerita tu seakan perkara yang pahit, namun bila ditimbal kembali, ia menjadi kenangan yang manis dan melucukan. 

Setelah berjumpa dirumah IZZU dan AZIE termasuklah muslimat, kami berganjak ke SMAKJ tapi kali ni muslimin sahaja yang ke SMAKJ...iaitu sekolah tercinta, tempat kami menimba ilmu, belajar berdikari mengenal penat lelah belajar dibangku sekolah. Menagih ilmu agama dan akademik yang akhirnya produk-produk yang terhasil setelah tamat belajar tahun 2005. 

Sampai di pintu SMAKJ....perkara pertama jumpa MAK GUARD....masa tu yang ada MAKCIK KARTINI....makcik MELAH cuti....manakala makcik sorang yang agak baru tu....lupa nak tanya khbar....kesian jugak makcik tu....maka bermula lah expedisi mengimbau kembali di SMAKJ...

Dari Surau, ke KELAS-KELAS....then ke ASRAMA....then ke SURAU kembali.....
Peristiwa di SURAU yang agak melucukan....bila USTAZ FUAD.....datang...!!!!....lintang pukang mereka lari mengambil wuduk....geli hati tgk.....ustaz datang cuma nak solat dan nak tahu siapa yang datang.....lepas solat kami buat usrah....berbual dengan ustaz.....
pesanan ustaz kepada yang nak kawin:

1. Cari rumah
2. Isteri
3. Kereta

TAPI: yang penting...ILMU AGAMA...

Seterusnya kami meneruskan perjumpaan kami di KLUANG RAIL STATION...minum kopi dan roti bakar....:D

lebih kurang jam 6.30 petang...kami bersiap2 meneruskan destinasi masing-masing. Maka berakhirlah expedisi kali ini....
sekian....thank you ALLAH because reunite us...

Comments