Pernah aku berbual dengan seorang Dr dari MPOB salah seorang
Dr veterinar di Bangi tentang peratusan bekalan kambing di Malaysia dan dengan selamba dia sebut 30% je. Kebetulan dia berada di Batu Pahat ketika itu. Masa tu aku
bawa dia pergi satu ladang yang nak jual kambing-kambingnya disebabkan ketiadaan
penjaga kambing. Owner kandang tu En. Aminuddin bin Hj. Malik seorang jurutera
di Pelantar Petronas di Kerteh. Masa tu kira, jual borong. Jadi aku bawa Dr
tersebut untuk minta pendapat dia tentang kambing-kambing tersebut. Dr tersebut berikan pendapat beliau tentang kambing tersebut dari segi soal kesihatan dan jenis baka yang telah dikacukkan. Beliau galakan beli untuk kambing-kambing tersebut...fuhhh...aku menarik nafas lega.
Maka sibuklah urusan perancangan pembinaan kandang dan juga urusan jual beli.
Maka sibuklah urusan perancangan pembinaan kandang dan juga urusan jual beli.
Maka, dengan kuantiti yang cukup banyak, aku terima dengan
rasa syukur. 58 ekor semuanya termasuk anak yang baru lahir sebanyak 9 ekor. Memang permulaan yang sangat drastik. Syukur
alhamdullilah. Semoga aku dapat kendalikan kesemuanya dengan penuh minat.
Mohon tunjuak ajar SIFU-SIFU Kambing, saya budak baru belajar.
Jom lawati kami iaitu Ladang Sunnah.
Boleh berhubung dengan aku atau member aku
-Nizar 013-2966154
-Amin 019-7714560
Comments
Post a Comment