>Daun Mulberry (Morus spp.)
secara tradisi dikenali sebagai makanan ulat sutera. Buah mulberry juga boleh
dimakan atau dijadikan jus, dimasak sebagai sayur (daun dan pucuk muda),
mempunyai nilai perubatan (teh daun mulbbery), dijadikan lanskap dan juga
sebagai sumber makanan ternakan. Di beberapa tempat di India, China dan
Afghanistan, daun mulberry ini telah lama digunakan sebagai sumber makanan
ternakan.>>Daun Mulberry kaya dengan sumber protein 15-28% bergantung kepada jenis, usia daun dan kondisi kawasan pertumbuhan. Terdiri daripada banyak varieti seprti Morus alba, M. nigra, M. indica, M. laevigata, M. bombycis
>>>Nilai nutrisi Mulberry dalam ternakan lembu telah lama dikenali di Italy (Vezzani, 1938; Maymore et al., 1959) dan juga telah menjadi tradisi dijadikan makanan ternakan di negara-negara Himalayan. Kajian Jayal and Kehar (1962), mendapati ia sesuai dijadikan sumber makanan ternakan di mana kawasan ragut terhad. Mulberry dijadikan penganti kepada pellet (concentrate) dalam lembu tenusu dan mendapati hasil yang sangat baik. Hasil keluaran susu didapati tidak menurun banyak apabila 75% pelet (concentrate) digantikan dengan Mulberry. Kambing yang diberi makan Mulberry pula didapati mengeluarkan lebih banyak susu (Rojas and Benavides, 1994).
*Mulberry ni menjadi makanan ulat sutera...menarikan!!!
**Di ladang kami baru sahaja tanam, lebih kurang 100 pokok. Benih pokok Mulberry ni aku dapat dari En. Azman di Institut Veterinar Malaysia semasa praktikal suatu ketika dahulu.
***Pokok yang bakal menyusul adalah Pokok Indigofera yang benihnya ku beli dari Lalah River. Terima kasih Bro Aidil. Ni persediaan jangka panjang untuk mengurangkan penggunaan pellet kambing. Aku jangka dalam tempoh setahun perkara ini akan berlaku dan terlaksana secara pelahan-pelahan. Mudah-mudahan perancangan ini berjalan dengan baik.
Sekian
Comments
Post a Comment