Welcome Santa Ines to Ladang Sunnah

Hmm...Lama tak menaip...sebab internet slow kat kandang. Aku paling suka update blog ni kat komputer/pc. So sekarang ak dah tahu cara nk dapatkan line internet di kandang, maka ak akan cuba aktif semula di blog.

Santa ines, secara rasminya datang ke kandang Ladang Sunnah buat pertama kalinya sebagai induk yang akan dibiakkan pada 13 Mac 2019. Cuma 4 ekor je...1 jantan 3 betina kategori dara. Dara yang dapat ni pula mcm nampak bunting. Tapi secara mata kasar ak....nk comfm kena ada alat ultrasound. Tak mampu den nk beli...hahaha...

Baka Santa ines ni, ramai yang suka dan nilai dia tinggi. Ak pun tak pasti penilaian yang diorang tetapkan, cuma yang ak dapat tangkap penilaian yang melayakkan depa ni tinggi harganya adalah pada body score.

So, sedikit pengenalan tentang Santa Ines.

Santa ines ni sebenarnya datang dari Brazil hasil kacukkan bebiri Itali dan berbiri tempatan (nama den tak pasti). Ciri-ciri mudah nk kenal santa ines, bulunya style Hairy, licin berminyak, warna; merah ada, hitam ada, putih pun ada namun kebanyakkan warna gelap. Santa ines ni, lebih kepada berbiri cuma bulunya mcm kambing. Telinga depa ni panjang tapi tak lah melayut, kaki yang tinggi, kepalanya OVAL SHAPED dan tidak bertanduk.

Berat Newborn dari 3 kg-6kg....besar woo....Sannen paling besar 4.5kg. tu pun ak dah rasa cukup besar. Susu Santa ines sangat bernutrisi tinggi, boleh mencepatkan tumbesaran anak iaitu pertambahan 0.4 kg berat badan setiap hari. Ni dah kira baik dah...

Semoga Ladang Sunnah dapat biakkan baka ni, dan baka ni di sebarkan ke seluruh Malaysia. Ak target Ladang Sunnah dapat bekalk

an baka Santa ines ke Seluruh Malaysia. amin

ok lah, cukup sampai disini...

Salam takzim...

Sekian, terima kasih.

Comments